Powered by Blogger.

Tuesday, October 27, 2015

Janda gantung diri guna getah paip

Suka.info     7:28:00 AM     0

Melaka: Akibat curiga dengan gelagat anaknya yang berusia 27 tahun berkurung di dalam bilik air, seorang ibu melakukan pemeriksaan dan terkejut apabila menemui mayat wanita terbabit dalam keadaan leher dililit paip getah serta tergantung pada tangki air.


Dalam kejadian jam 5.30 petang di sebuah rumah kedai di Malim Jaya, di sini, kelmarin, ibu mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan pemeriksaan lanjut yang dilakukan pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Difahamkan, dalam kejadian beberapa bulan lalu, mangsa cuba meneguk cecair peluntur pakaian dipercayai untuk membunuh diri, namun dihalang ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat wanita terbabit.

Beliau berkata, hasil maklumat yang diperoleh daripada ahli keluarganya, mangsa ibu tunggal mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.