Powered by Blogger.

Sunday, October 18, 2015

KDN digesa ambil berat isu anak peribumi MyKad

Suka.info     6:10:00 PM     0


TAWAU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa memberikan perhatian dan inisiatif membantu anak-anak peribumi Sabah yang berhadapan masalah dokumen pengenalan diri.

Presiden Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Karisma Sabah (KARISMA) Mohammad Yusup Lewah mendakwa terdapat ramai anak peribumi yang berhadapan masalah sedemikian.

“Ramai ibu bapa bertaraf warganegara berhadapan kesulitan kerana terpaksa menunggu endorsement sijil (daftar lewat) dari mahkamah sebelum proses mendapatkan MyKad dapat dilakukan.

“Malah, ada ibu bapa yang sudah mendapatkan endorsement sijil lahir anak mereka lebih lima tahun tetapi masih belum berjaya meneruskan proses mendapatkan MyKad dan hanya diminta ‘menunggu’,” katanya di sini, kelmarin.

Yusup berkata rata-rata ibu bapa yang sudah mendapatkan endorsement terdiri daripada golongan susah serta mempunyai tahap kesedaran yang rendah mengenai kepentingan daftar kelahiran awal.

Dakwanya, kebanyakan ibu bapa terbabit bukannya sengaja mendaftar lewat sijil lahir anak mereka tetapi turut berhadapan faktor kekangan hidup serta faktor tempat tinggal yang jauh.

“Kesulitan yang timbul mengakibatkan pelbagai isu timbul seperti menjejaskan pembelajaran, kehidupan dan masa hadapan anak-anak mereka.

“Anak-anak mereka juga turut berhadapan dengan risiko ditangkap oleh pihak berkuasa kerana ‘sudah berjanggut tetapi masih menggunakan sijil lahir’,” katanya.

Beliau berharap kelulusan 1,600 permohonan sijil lahir dan MyKad yang tergendala di Sarawak oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri KDN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dapat dijadikan rujukan untuk dilakukan di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan pusat perlu bertindak agresif mengambil kira nasib rakyat tempatan khususnya generasi muda yang hidup bagai ‘warga asing di bumi sendiri’.

Menyentuh hal berkaitan, Yusup berkata KARISMA akan menghantar memorandum melibatkan kira-kira 500 pemohon peribumi di daerah ini kepada TPM dalam tempoh terdekat.

Menarik Dari Intenet Raya:


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.