Powered by Blogger.

Sunday, October 18, 2015

Lagi kes kemalangan maut di LPT2, ragut 2 nyawa

Suka.info     6:59:00 PM     0


KEMAMAN 18 Okt. - Tidak sampai seminggu selepas tragedi enam sekeluarga maut dalam nahas jalan raya Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), satu lagi tragedi maut berlaku tengah malam tadi yang melibatkan dua dari empat beranak di lebuh raya yang sama kira-kira pukul 11 malam tadi.

Tragedi berlaku di susur keluar Plaza Tol Cheneh.

Mereka yang maut adalah peneroka di Felda Neram 2, Hasan Abd. Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Sazwani, 21.

Isteri Hasan, Sarimah Abdul Gulam, 53, dan anak bongsu, Hanis Sazwani, 14 cedera ringan di muka dan badan.



Sementara itu, Menteri Besa Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan JKR untuk mengenalpasti kawasan berisiko dan langkah yang perlu diambil untuk mengelak kejadian ngeri di LPT2.

Pihak kerajaan negeri juga berhasrat untuk menempatkan anggota JPAM di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko

“Ini bagi memudahkan mereka bergegas dan memberi pertolongan awal sekiranya ada berlaku kemalangan ataupun kecemasan di kawasan LPT2 tersebut

Segala kos penempatan dan mobiliti akan ditanggung oleh kerajaan negeri”, katanya sambil memaklumkan kerajaan negeri akan mengadakan majlis solat hajat bagi memohon sebarang kejadian tidak diingini berulang di LPT2. 

Menarik Dari Intenet Raya:


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.