Powered by Blogger.

Sunday, October 18, 2015

Kerajaan akan wujud program asuh pemandu teksi agar lebih berbudi bahasa

Suka.info     10:05:00 AM     0


KUALA LUMPUR 17 Okt. – Kerajaan akan mewujudkan program khusus ke arah menerap amalan berbudi bahasa sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam kalangan pemandu teksi.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu perlu dilaksanakan berikutan laporan media termasuk pengalaman beberapa pihak yang memberi gambaran negatif mengenai perkhidmatan yang diberikan.

“Justeru kita harus cuba sedaya upaya supaya asuhan budi ini dapat dilakukan secara serius.

“Ini bermakna kita perlu mengatur program-program untuk mengasuh amalan budi termasuk khidmat cemerlang, budi bahasa dan cara kita melayan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pertubuhan Pemandu Teksi dan Pengusaha Teksi/Limousin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) dan Program Serlahan Budi Untuk Pemandu Teksi.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu, Rais turut menceritakan pengalaman beliau menggunakan teksi khususnya berhubung layanan yang diberikan.

Menarik Dari Intenet Raya:


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.