Powered by Blogger.

Saturday, October 17, 2015

Lelaki dicekup bersama tukang urut di dalam bilik bercahaya malap

Suka.info     5:29:00 PM     0



Kluang – Seorang lelaki diberkas pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Cawangan Kluang di sebuah rumah urut di tengah bandar Kluang, di sini, malam kelmarin.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor berkata, walaupun pasangannya bukan Islam, berdua-duaan dalam sebuah bilik dengan tiada ikatan muhrim adalah satu kesalahan.

Menurutnya, perbuatan lelaki berusia 32 tahun itu boleh didakwa di bawah Seksyen 27(1a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1987 kerana berkhalwat yang boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Saya ingin ingatkan semua umat Islam bahawa mendapatkan khidmat urutan daripada seorang wanita yang bukan muhrim adalah satu kesalahan. Sebaik-baiknya, jika lelaki carilah tukang urut lelaki.

“Berada dalam bilik berdua-duaan dengan cahaya lampu yang tidak terang boleh membangkitkan nafsu dan mendorong untuk melakukan perkara yang dilarang Islam,” katanya.

Mohd Khalil berkata, lelaki warga tempatan itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk laporan tangkapan sebelum dilepaskan selepas dijamin ahli keluarganya.

“Lelaki berkenaan juga diarahkan ke Pejabat Agama Daerah Kluang untuk diambil keterangan selain diberikan kaunseling terhadap kesalahan dilakukannya.

“Manakala, wanita warga asing terlibat dibebaskan namun dikehendaki hadir pada hari perbicaraan sebagai saksi di tempat kejadian,” katanya.

Operasi rumah urut itu telah dijalankan secara bersepadu bersama-sama polis IPD Kluang dan Penguatkuasa Imigresen.

Menarik Dari Intenet Raya:


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.