Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Malaysia sedia tambah aset bantu padam kebakaran hutan di Indonesia

Suka.info     3:38:00 PM     0

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Malaysia bersedia menambah aset-aset ketenteraan serta aset daripada pelbagai agensi berkaitan bagi membantu memadam kebakaran hutan di Indonesia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perbincangan telah dibuat dengan agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat selain menambah penggunaan aset seperti pesawat Hercules C130 yang boleh digunakan untuk proses pembenihan awan bagi memadam kebakaran hutan.

“Saya sempat berbincang dengan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Datuk Abdul Rahman Dahlan bagaimana Bomba dan pasukan SMART mereka boleh membantu kita dan bagaimana kita boleh kerahkan lebih banyak pesawat Hercules C130 untuk proses pembenihan awan di Indonesia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika ini, pesawat Bombardier CL 415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dikerah untuk memadam kebakaran di Indonesia telah kembali ke negara ini bagi menjalani proses penyelenggaraan.

“Bombardier kembali untuk diselenggara sekejap sahaja kerana di rantau ini hanya Malaysia sahaja yang ada pesawat ini, kita ada dua tetapi satu lagi sedang diselenggara. Insya Allah hujung tahun ini kita boleh kerah semula ke Indonesia,” katanya. - Bernama

Sumber utusan




Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.