Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Pelajar dakwa nyaris diculik

Suka.info     3:57:00 PM     0

SUNGAI PETANI 20 Okt. – Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah agama berasrama di sini mendakwa nyaris diculik tiga lelaki yang menaiki van dalam satu kejadian di Sungai Jagong, Sungai Layar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, mangsa Muhammad Naaim Ahmad, 13, berjaya melarikan diri selepas menggigit tangan salah seorang daripada penculik tersebut dan melompat keluar dari van itu ketika tiba berhampiran Masjid Tikam Batu di Kampung Tikam Batu di sini.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang menunggu keda­tangan kakaknya, Nasihah, 26, di tepi pagar sekolah berkenaan kerana urusan keluarga.

Bapa mangsa, Ahmad Din, 54, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian tersebut selepas mendapat panggilan telefon daripada Muhammad Naaim selepas pelajar itu berjaya melarikan diri daripada penculik tersebut.

“Muhamaad Naaim kemudian pergi berjumpa dengan seorang rakan saya yang kebetulan berada di Kampung Tikam Batu dan kawan saya hantar dia di tempat selamat.
“Anak saya sehingga kini takut untuk keluar ke mana-mana kerana masih terbayang kejadian penculikan ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya, Kota Kuala Muda di sini.

Menurut Ahmad, rakannya itu kemudian membawa Muhammad Naaim ke Balai Polis Tikam Batu untuk membuat aduan.
“Saya juga menyuruh Nasihah terus pergi ke balai tersebut untuk berjumpa dengan Muhammad Naaim.

“Kami kemudiannya diarahkan pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk memberi keterangan lanjut mengenai kejadian ini,” jelasnya.
Tambahnya, selepas selesai membuat laporan kepada pihak polis, anaknya terus pulang ke asrama sekolah tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md Isa berkata, anggota polis sedang menjalankan siasatan setelah menerima aduan itu.

“Dua daripada lelaki tersebut berkepala botak manakala seorang lagi lelaki yang memandu van ini berambut panjang sehingga paras bahu dan mereka dipercayai berusia lingkungan 28 tahun,” jelasnya.
Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Sumber utusan




Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.