KUALA LUMPUR: Pelakon Beto Kusyairy meminta agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya menggunakan istilah 'retis' sebagai singkatan untuk gelaran 'artis'.
Ini kerana menurut Beto, istilah tersebut boleh disifatkan sebagai satu bentuk penghinaan dan kutukan.
Perkara itu dijelaskan Beto menerusi status yang dimuat naik ke akaun Twitter.
Tambah Beto, khalayak sepatutnya mengambil tahu tentang satu-satu istilah atau perkataan yang digunakan dan tidak hanya mengikut apa yang diperkatakan tanpa mengetahui asal-usulnya.
Pendapat Beto itu dipersetujui oleh rakan artis, pelakon Izara Aishah yang menganggap istilah retis itu kekampungan dan tidak sesuai digunakan.
Istilah 'retis' sering digunakan masyarakat dan dianggap ramai sebagai istilah bahasa pasar untuk gelaran artis.
Menarik Dari Intenet Raya:
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.