Alor Setar: Polis menahan seorang remaja lelaki dan merampas 620 bungkusan daun ketum seberat 200 kilogram bernilai RM6,000 di persimpangan Kampung Asun, Jitra, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata polis mendapati sebuah kereta dari Jitra ke Changlun berada dalam keadaan mencurigakan dalam kejadian 5.40 petang itu.
Suspek katanya berasal dari Naka, Kuala Nerang dikatakan memecut kenderaan dipandunya sebelum polis berjaya memintas kereta suspek.
Katanya hasil pemeriksaan mendapati 620 bungkusan daun ketum dalam plastik lutsinar di dalam bonet belakang kereta itu dipercayai untuk dihantar ke Padang Besar, Perlis.
"Suspek mengambil upah menghantar daun ketum ini dari Kuala Nerang ke Padang Besar dengan upah RM200. Suspek mengakui baru dua kali melakukan perkara itu.
“Kita percaya daun ketum untuk pasaran negara jiran," katanya hari ini.
Abd Rahim berkata harga pasaran daun ketum di negara jiran, Thailand amat tinggi iaitu antara RM60 hingga RM80 sekilogram.
Katanya suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 22 Oktober depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun
Sumber: harianMetro
Menarik Dari Intenet Raya:
How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.
When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...
How To Get The BEST Packages For Superstars Of Magic 4 In Genting This October 2015
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.