Powered by Blogger.

Tuesday, October 20, 2015

Awas pengguna SKYBOX. SKMM akan merampas dekoder, parabola

Suka.info     9:51:00 AM     0



Cyberjaya: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) merampas 124 set dekoder dan parabola Vediocon bernilai RM120,000 menerusi dua serbuan di Setapak, Kuala Lumpur dan Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat serta semalam.

Serbuan itu dilakukan SKMM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Pasukan Petugas Khas Mencegah Cetak Rompak Digital.


Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata, dekoder dan parabola Vediocon yang dirampas itu adalah perkhidmatan televisyen satelit tidak berlesen di mana pelanggan boleh menonton lebih 100 siaran terus dari India.

Menurutnya, pelanggan yang membayar RM20 hingga RM50 secara bulanan bergantung kepada pakej ditawarkan dan bukan saja program televisyen malah, mereka boleh menonton pelbagai tayangan filem dan drama tanpa tapisan pihak berkuasa.

“Siasatan mendapati mereka menjual perkhidmatan ini kepada orang ramai menerusi atas talian (portal) termasuk laman sosial Facebook.

“Mereka juga dipercayai menjual perkhidmatan ini sejak tiga tahun lalu dan dianggarkan lebih 1,000 pelanggan menggunakan televisyen satelit tidak berlesen itu di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata, hasil daripada serbuan berkenaan, seramai enam lelaki iaitu dua warga- negara ini dan empat warga India, semua dianggarkan berusia 30-an ditahan.

Sumber: harianMetro


Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

How To Get The BEST Packages For Superstars Of Magic 4 In Genting This October 2015  


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.