Kuala Lumpur: Sejumlah 440,682 orang berdaftar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang dijadual pada 2 November hingga 8 Dissember ini.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan,
Sebanyak 29,799 calon atau 6.8 peratus adalah calon persendirian.
Calon akan menduduki peperiksaan di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 34,146 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan seperti dijadualkan.
Calin diingatkan merujuk jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
Jadual waktu peperiksaan sudah diedar ke sekolah-sekolah dan juga boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.lp.edu.my.
"Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar," kata kenyataan itu. - Bernama
Mymetro
Menarik Dari Intenet Raya:
We Got A World Champion Magician To Teach Us A Simple Card Trick. Can You Do It?
Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.