
Alor Setar: Pemilik tanah di Bukit Perangin, Wang Perah, berhak membangunkan tanah mereka selagi ia mengikut segala peraturan digariskan kerajaan negeri, kata Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini.
Menurut Menteri Besar, tanah seluas kira-kira 2,000 hektar di kawasan terbabit sudah diberikan kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) untuk dibangunkan menjadi ladang getah.
"Di mana ada tapak tanah yang diberi hak milik, pemilik tanah berhak membuat apa yang mereka rancangkan. Jikalau mereka hendak membuat ladang, mereka kena usahakan untuk tujuan itu,” katanya selepas merasmikan program SEHATI 2015 anjuran Unit Keusahawanan Sosial MaGIC (Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia) di Dewan Seri Mentaloon hari ini.
Pemilik tanah di kawasan hutan Bukit Perangin itu kata Mukhriz, sedang melaksanakan kerja pembalakan di tapak tanah itu dalam usaha membersihkan tapak berkenaan menjadi ladang getah.
Mukhriz ditanya mengenai ketidakpuasan hati beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) baru-baru ini berikutan aktiviti pembalakan di hutan terbabit sehingga menjejaskan perkampungan berhampiran.
Penduduk kampung mendakwa kampung mereka kerap dilanda banjir akibat aktiviti pembalakan itu, selain menjejaskan sumber air bersih mereka.
Menurut Mukhriz, dalam sidang Dewan Undangan Negeri sebelum ini beliau meminta agar kerja pembalakan di kawasan hutan itu dijalankan mengikut peraturan yang digariskan kerajaan negeri.
SSI menurutnya, menganugerahkan kontrak membangunkan ladang getah di atas tapak tanah itu kepada Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd. - Bernama
Mymetro
Menarik Dari Intenet Raya:
We Got A World Champion Magician To Teach Us A Simple Card Trick. Can You Do It?

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.