Powered by Blogger.

Thursday, October 22, 2015

PBSNT mohon rayuan untuk Mat Yo

Suka.info     6:52:00 AM     0

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengemukakan rayuan untuk mengurangkan hukuman gantung dan denda ke atas penyerang skuad Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha.

Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata pihaknya sudah menghantar surat rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam.

"Surat rayuan kita hantar semalam dan biasanya dalam masa tiga hari baru kita terima jawapan daripada FAM," katanya kepada Bernama.

Bekas penyerang terbaik negara yang lebih dikenali sebagai Mat Yo dikenakan penggantungan lima perlawanan dan denda RM2,500 selepas didapati bersalah memijak pemain Kedah pada aksi pusingan pertama Kumpulan A Piala Malaysia di Alor Setar pada 18 Sept lepas.

Wan Ahmad Nizam berkata, PBSNT terpaksa membuat rayuan itu kerana mereka perlukan khidmat Mat Yo untuk memantapkan pasukan bagi menghadapi baki aksi Piala Malaysia yang sudah hampir memasuki peringkat suku akhir.

Nasib Terengganu untuk melangkah ke suku akhir sekarang ibarat 'telur di hujung tanduk' kerana mereka perlu menang besar dalam baki dua perlawanan peringkat Kumpulan A menentang JTD ll pada 27 Oktober, diikuti Lion XII selepas itu.

Setakat ini, Terengganu berada di tangga terbawah kumpulan itu dengan 4 mata.

-BERNAMA


Sumber berita harian




Menarik Dari Intenet Raya:

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

8 Things We Wished Our Smart Phone Could Do RIGHT NOW  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.