Powered by Blogger.

Thursday, October 22, 2015

Chong Wei mara Terbuka Perancis

Suka.info     6:50:00 AM     0

KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Siri Super Terbuka Perancis manakala cabaran Chong Wei Feng berakhir di Stade Pierre de Coubertin, Paris malam ini.

Chong Wei yang memburu peluang menebus kekecewaaan tewas di pusingan awal dua kejohanan terakhirnya - Terbuka Denmark dan Terbuka Korea - memulakan kempennya di Paris dengan menundukkan pemain tuan rumah, Brice Leverdez 21-7, 21-15.

Di pusingan kedua esok, Chong Wei akan menentang pemenang perlawanan antara pilihan ketujuh, Viktor Axelsen dari Denmark dan pemain Hong Kong, Wei Nan yang menewaskannya di peringkat sama Terbuka Denmark minggu lepas.

Wei Feng yang mara ke undian utama menerusi peringkat kelayakan semalam, tunduk kepada pemain veteran Jepun, Sho Sasaki 18-21, 11-21.

Sementara itu, pasangan utama wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei gagal mengambil kesempatan mendahului 17-13 di set kedua selepas menang set pembukaan 21-19 sebelum tunduk 21-19, 19-21, 10-21 kepada pilihan ketiga, Christinna Pedersen/Kamilla Rytter Juhl dari Denmark.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura, Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho turut ditunjuk jalan keluar selepas tewas 14-21, 16-21 di tangan Chae Yoo Jung/Kim So Yeong dari Korea Selatan.

Tiga lagi wakil negara, Tee Jing Yi (perseorangan wanita) dan dua pasangan beregu lelaki Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan Goh V Shem/Tan Wee Kiong akan beraksi lewat malam ini.

Cabaran beregu campuran negara yang dipikul Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan berakhir semalam selepas tewas kepada lawan masing-masing. - BERNAMA


Sumber berita harian



Menarik Dari Intenet Raya:

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

8 Things We Wished Our Smart Phone Could Do RIGHT NOW  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.