Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Pemilik tuntut RM5 juta bagi setiap lot di Ampang Park

Suka.info     7:06:00 AM     0



AMPANG: Pemilik premis pusat beli belah Ampang Park menggesa kerajaan membayar pampasan RM5 juta untuk satu lot perniagaan sekiranya cadangan pembinaan Stesen MRT Laluan Selayang-Putrajaya diteruskan.

Penasihat Persatuan Peniaga 1Malaysia Ampang Park (Peniaga Dan Pemilik), Dr Dzulkhaini Hussain berkata nilai yang ditetapkan oleh 253 pemilik premis itu setimpal dengan kerugian yang terpaksa ditanggung sekiranya mereka terpaksa berpindah.

"Tanah di Ampang Park kini nilainya tinggi dan mahal. Tiada lagi mana-mana kawasan di Kuala Lumpur yang mempunyai persekitaran (perniagaan) seperti ini.

"Sekiranya diberikan pampasan ia perlu setimpal, iaitu sekurang-kurangnya RM5 juta bagi setiap lot.

"Cadangan projek MRT memang boleh, tetapi kenapa perlu tanah ini dijual kepada syarikat lain dan dibangunkan semula?" katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ia selepas sesi pertemuan membabitkan Ampang Park Management Corporation, pemilik premis perniagaan serta wakil MRT Corp.

Setakat ini, pihaknya bercadang untuk mengadakan pertemuan  dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam tempoh terdekat bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, pertemuan dengan pemilik lot di Ampang Park hari ini sekadar pertemuan untuk memberi penjelasan berkenaan perkara teknikal.

"Kami dijemput oleh pihak pengurusan dan hanya memberi penjelasan mengenai cadangan membina stesen MRT di lokasi ini. Stesen Ampang Park merupakan satu-satunya stesen yang berhubung secara fizikal ke stesen LRT Aliran Kelana Jaya.

"Sehubungan itu, pembinaan stesen MRT di lokasi ini amat penting untuk menghubungkan perkhidmatan MRT aliran Selayang-Serdang-Putrajaya dengan perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya pada masa depan," katanya.

Ampang Park dibina pada 1972 dan dibuka kepada orang ramai pada 15 Mac 1973, menjadikannya kompleks beli belah pertama di Malaysia dengan keseluruhan 250 lot premis yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan dan kehendak selain perkhidmatan untuk warga kota.

Premis berkenaan terletak berhampiran persimpangan dua jalan raya utama di Kuala Lumpur iaitu Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak.

Lokasi yang strategik menjadikan kompleks berkenaan menjadi salah satu ikon penting di ibu negara.
Ia dibangunkan oleh syarikat Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd berikutan kejayaan projek pertamanya di Singapura, People's Park yang dibuka pada 1968.

Sumber: astroawani

Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.