Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Peniaga kain rugi RM30,000, stor baju hangus terbakar

Suka.info     7:03:00 AM     0


JOHOR BAHRU, 20 Oktober:

Seorang peniaga pakaian mengalami kerugian kira-kira RM30,000 setelah bangunan kedai tingkat dua miliknya yang digunakan untuk menyimpan kain dan baju hangus terbakar di Jalan Desa, Taman Desa, Kluang dekat sini, malam tadi.
Tai Hann Shan, 36, berkata kebakaran kedainya pada pukul 8.30 malam itu dimaklumkan oleh jiran kedai.
“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang dari Seri Alam, Johor Baharu. Apabila dimaklumkan mengenai kejadian oleh jiran kedai sebelah, saya terus bergegas ke tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Tai berkata anggaran kerugian itu bagaimanapun hanya meliputi pakaian sahaja dan tidak termasuk barang-barang penyewa lain di tingkat satu.
Beliau berkata bangunan tingkat dua itu merupakan stor penyimpanan baju dan kain yang dijual di kedai miliknya yang berada di kawasan berhampiran.
Tai berkata bangunan dua tingkat yang didaftarkan menggunakan nama isterinya itu, turut disewakan kepada pemilik makanan haiwan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kluang dan Penolong Kanan Penguatkuasa Bomba Akob Sidek berkata, setelah pihak bomba mendapat panggilan kecemasan pada pukul pukul 8.38 malam, seramai 17 anggota beserta lima jentera telah ditugaskan ke tempat kejadian.
“Kami berjaya menghalang api dari merebak ke kedai sebelah setelah mendapat bantuan bekalan air dari balai bantuan,” kata beliau ketika dihubungi.
Akob berkata pihaknya berjaya mengawal api kebakaran kira-kira 20 minit kemudian dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 10 malam.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/news-in-brief/peniaga-kain-rugi-rm30000-stor-baju-hangus-terbakar/#ixzz3p9UgLvUN




Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.