Powered by Blogger.

Thursday, October 22, 2015

Pengurus akaun "Terlajak Laris" didakwa guna kad ATM RM4500 majikannya

Suka.info     8:21:00 PM     0

Ampang: Pengurus akaun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan kad ATM milik pengasas produk kesihatan terkenal D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman hingga menyebabkan kerugian RM4,500.

Hasliani Hashim , 36, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Tertuduh didakwa dengan curangnya melakukan tiga kesalahan capaian tanpa kuasa mengeluarkan wang tunai menggunakan kad ATM Al Rajhi milik Aliff Syukri berjumlah RM4,500.

Hasliani didakwa melakukan perbuatan itu di mesin ATM Bank Al Rajhi, Setia City Mall, Setia Alam pada 30 Julai lalu.

Tertuduh diwakili peguam MK Thas.

Bagi perbuatan itu, Hasliani didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman denda RM150,000 atau penjara maksimum sepuluh tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/87255



Menarik Dari Intenet Raya:

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

We Got A World Champion Magician To Teach Us A Simple Card Trick. Can You Do It?  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.