KUALA LUMPUR: Polis telah membuka tiga kertas siasatan berhubung aduan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata dua kertas membabitkan siasatan yang sedang dijalankan manakala satu lagi kertas siasatan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.
"Pihak polis telah membuka dua kertas siasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu berkaitan Klang Report 33074/14 dan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk ulasan dan arahan lanjut setelah siasatan selesai dijalankan," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Menarik Dari Intenet Raya:
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!
Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik
We Got A World Champion Magician To Teach Us A Simple Card Trick. Can You Do It?
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.