Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

PM baru Kanada ada pertalian keturunan Malaysia

Suka.info     6:58:00 AM     0


KUALA LUMPUR, 20 Oktober:
Dengan rangkaian sosial yang sibuk dengan ucapan ke atas Perdana Menteri Kanada yang baru, Justin Trudeau, tinjauan carian di Internet membongkar sebuah siri lama televisyen yang mengesan latar belakang keluarganya yang membawa sinar hubungan dengan Malaysia.
Justin dari Parti Liberal, yang merupakan anak lelaki bekas Perdana Menteri Kanada, Pierre Trudeau mengalahkan Stephen Harper dari Parti Konservatif yang mengetuai negara ini selama hampir satu dekad, dalam pilihan raya di negara ini, semalam.
Antara fakta menarik tentang Justin, selain menjadikannya sebagai Perdana Menteri pada usia 43, dia mempunyai salasilah keturunan yang berasal dari Singapura dan Malaysia.
Sebelum ini, dalam siri televisyen Who Do You Think You Are, antara episod itu mendedikasikan untuk mencari sejarah keluarga ibu Justin, Margaret.
Ia didedahkan dalam episod siri televisyen CBC bahawa keturunan Margaret ada hubung kait dengan salah seorang pengasas awal Singapura, William Farquhar.
Episod itu juga menjelaskan isteri Farquhar adalah anak perempuan kepada seorang wanita warga Malaysia dan seorang pegawai Perancis.
Anak perempuan Farquhar, Esther Bernard, kemudian berkahwin dengan Francis James Bernard di Singapura dan menetap di sana sehingga kematiannya pada usia 41.
Walau bagaimanapun, tiada maklumat mengenai nenek Esther, wanita Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga turut mengucapkan tahniah kepada Justin.
“Tahniah kepada Perdana Menteri Kanada baru, JustinTrudeau. Saya berharap untuk mengukuhkan hubungan dua hala.”
Sumber: bm.therakyatpost.com

Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.