Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Tiga lelaki ditahan bersama dadah, sepucuk pistol

Suka.info     7:01:00 AM     0


TELUK INTAN, 20 Oktober:

Tiga lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan bersama pelbagai dadah dan sepucuk pistol dalam ‘Ops Sarang’ di sebuah rumah di Chenderong Balai di sini, awal semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata hasil risikan polis sejak dua bulan lepas, kesemua suspek berusia antara 22 dan 35 tahun itu ditahan di ruang tamu rumah berkenaan pada kira-kira 3 pagi.
Beliau berkata ketika serbuan di rumah berkenaan, berlaku pergelutan antara polis dan suspek, namun kesemua suspek yang bekerja sebagai buruh itu berjaya ditahan.
“Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemui 12 paket plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah hroin dan methamphetamine seberat 182.83 gram bernilai RM8,410 serta dua biji pil Erimin 5 bernilai RM60.
“Turut ditemui sepucuk pistol jenis Sig Sauer P226 dan sebilah pisau benet,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.
Beliau berkata rumah berkenaan yang terletak di kawasan kebun kelapa sawit dijadikan tempat untuk suspek menjalankan aktiviti mengedar dan menagih dadah sejak dua bulan lepas.
“Hasil siasatan awal mendedahkan senjata api itu diperoleh daripada seorang kenalan suspek dari Sabak Bernam, Selangor untuk simpanan sementara,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata kesemua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga Ahad mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/news-in-brief/tiga-lelaki-ditahan-bersama-pelbagai-dadah-sepucuk-pistol/#ixzz3p9U3iYnM


Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.