Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Sesi persekolahan petang di P. Pinang dibatalkan

Suka.info     4:21:00 PM     0

PULAU PINANG 21 Okt. – Semua sekolah sesi petang di seluruh negeri ini dibatalkan hari ini berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk.

Pengarah Pendidikan negeri, Shaari Osman berkata, arahan itu dikeluarkan selepas purata indeks pencemaran udara (IPU) di tiga buah stesen pencerapan di negeri ini mencatat bacaan tidak sihat iaitu 150.

“Bagaimanapun bagi sesi persekolahan esok, pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat petang ini oleh Kementerian Pendidikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Setakat pukul 2 petang tadi, stesen pencerapan di Universiti Sains Malaysia (USM) mencatatkan bacaan 156; stesen Seberang Jaya 2 (154) manakala stesen Perai (127).

Sumber utusan




Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!  

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.