Powered by Blogger.

Sunday, October 18, 2015

Tahukah Anda? Windows 10 Menyokong Cetak Ke PDF Menggunakan Mana-Mana Perisian

Suka.info     8:34:00 PM     0


Sebelum Windows 10, kebiasaannya kita akan menggunakan sebarang perisian daripada pihak ketiga untuk membuat cetakkan atau menyimpan dokumen dalam bentuk PDF. Beberapa perisian, sebagai contoh Chrome telah menyokongnya sejak sekian lama, tetapi melalui Windows 10 – ia membawakan sokongan tersebut pada tahap sistem.

Melalui integrasi sokongan percetakkan pada tahap sistem, ia membolehkan pengguna membuat cetakkan atau menyimpan dokumen dalam bentuk PDF menggunakan sebarang perisian pada komputer mereka – tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan.

Microsoft sendiri telah mengaktifkan sokongan ini untuk semua pengguna Windows 10. Jika ia tidak diaktifkan pada komputer anda, anda hanya perlu membuat carian “Turn Windows features on or off” menggunakan fungsi akses pantas Windows + Q, dan pada tetingkap berkenaan pastikan Microsoft Print to PDF adalah bertanda.



Kini, pada sebarang perisian, anda boleh memilih cetak ke PDF dengan mudah melalui menu File > Print. Sebaik sahaja anda memilihnya, ia akan menyimpan dokumen berkenaan dan membolehkan anda mengakses dokumen berkenaan dalam bentuk digital untuk simpanan sendiri atau dihantar kepada rakan-rakan lain.



Menarik Dari Intenet Raya:


Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.