Powered by Blogger.

Sunday, October 18, 2015

Kaki lima pintar dengan wifi percuma 166 MBPS diuji di UK

Suka.info     8:27:00 PM     0


Kerajaan Malaysia mensasarkan perkhidmatan internet sepantas 100 Mbps akan dapat dirasai 50% pengguna di bandar dan 20% pengguna luar bandar menjelang tahun 2020. Pada waktu sekarang 70% pengguna internet di Malaysia masih dikatakan memilih perkhidmatan dengan “kepantasan” 1 Mbps kerana ianya mampu milik. Di negara-negara maju pelbagai inisiatif dilakukan bagi memberikan akses internet berkelajuan tinggi (HSBB) kepada orang ramai. Antara yang dilakukan di United Kingdom ialah projek kaki lima pintar yang sedang diuji di bandar Chiltern.



Majlis Daerah Chiltern dengan kerjasama Virgin Media memasang hotspot WiFi percuma di dalam lorong pejalan kaki lima di bandar Chiltern. Kaki lima pintar ini menawarkan WiFi percuma pada kelajuan 166 Mbps kepada orang ramai dan pemilik kedai sekitar Chesham High Street. Pemancar WiFi dipasang pada penutup lubang akses kepada sistem kabel Virgin Media yang sedia ada. Projek ini akan memberikan akses internet berkelajuan tinggi secara percuma kepada 21000 pengguna di bandar kecil ini. Agaknya bilakah di Malaysia perkhidmatan WiFi percuma seperti di Chiltern ini akan menjadi realiti? Berdasarkan sasaran kerajaan kami rasakan mungkin selepas Malaysia menjadi negara maju pasca tahun 2020.

Menarik Dari Intenet Raya:


Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.