Powered by Blogger.

Saturday, October 17, 2015

Teksi Biadap Langgar Askar

Suka.info     6:19:00 PM     0



KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan agar pemandu teksi yang melanggar seorang penjaga pintu Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak bagi pemeriksaan mental.

Hakim, Azman Mustapha memerintahkan pemandu teksi tersebut, S Ganesan, 44, menjalani ujian mental selepas membenarkan permohonan peguam bela, Noor Mousa Azaddin hari ini.

Ganesan mengaku tidak bersalah di atas tuduhan melakukan cubaan bunuh pengaja pintu terbabit, Mohd Azahari Yusoff dengan menggunakan teksi.

Azahari cedera di lengan kanan dalam kejadian.

Pemandu teksi terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di Pintu Utama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada jam 8.45 pagi, Isnin lalu.

Ganesan berhadapan dengan hukuman penjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Video Rakaman Teksi Biadap Langgar Askar

Menarik Dari Intenet Raya:


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.