Powered by Blogger.

Saturday, October 17, 2015

Berang ditegur, pelajar tumbuk tendang cikgu disiplin

Suka.info     7:56:00 PM     0



SIBU: Seorang guru lelaki sekolah menengah di Jalan Teng Chin Hua di sini, lebam di muka dan cedera di perut selepas ditumbuk dan ditendang seorang pelajar pada Jumaat.

Guru disiplin berusia 40-an itu turut dimaki pelajar lelaki berkenaan selepas dikatakan menegurnya ketika perhimpunan sekolah.

Beliau yang mengalami pendarahan pada hidungnya kemudian membuat laporan polis pada 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi yang dihubungi pada Sabtu mengesahkan menerima laporan itu dan berkata polis sudah mengenal pasti pelajar berkenaan.

Bagaimanapun Mohd Kamal berkata pihaknya masih belum menahan pelajar itu bagi membantu siasatan.

Menarik Dari Intenet Raya:


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.