Powered by Blogger.

Saturday, October 17, 2015

Wanita ditahan sanggul rambut guna pisau

Suka.info     8:50:00 PM     0



Beijing: Seorang wanita ditangkap selepas cuba menaiki pesawat dengan pisau diikat dalam sanggulnya.

Rakaman video di lapangan terbang itu menunjukkan wanita berkenaan beratur di tempat pemeriksaan keselamatan sebelum cepat-cepat menyimpulkan pisau dibawanya dalam sanggup itu dengan hulunya diperbuat daripada plastik terjulur.

Bagaimanapun, helahnya dihidu pengawal keselamatan selepas melalui mesin pengimbas besi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui.

Wanita pertengahan umur itu mendakwa mahu menggunakan pisau berkenaan untuk memotong buah ketika di atas pesawat.

Pengawal keselamatan bagaimanapun tidak menerima alasannya dan merampas pisau itu. Tidak jelas sama ada wanita terbabit akan dikenakan sebarang tindakan.

Video wanita ditahan sanggul rambut guna pisau

Menarik Dari Intenet Raya:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.