Powered by Blogger.

Saturday, October 17, 2015

Zamani larikan diri dari Rumah Pengasih

Suka.info     5:56:00 PM     0



KUALA LUMPUR, 16 Oktober: Penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 43, dikatakan melarikan diri dari Rumah Pengasih Malaysia, sejak jam 10.26 malam semalam.

Yang Dipertua Persatuan Pengasih (Pengasih), Datuk Mohd Yunus Pathi berkata, kehilangan Zamani itu dikesan, selepas kakitangan Pengasih membuat pengiraan ketika masuk waktu tidur.

Menurutnya, selepas menyedari kehilangan Zamani, pihak pengurusan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati, Zamani menaiki sebuah kereta sedan berwarna putih dengan dua individu tidak dikenali juga dipercayai telah memasuki kawasan Rumah Pengasih.

“Saya sendiri cuba menelefon Zamani, namun beliau tidak dapat dihubungi dan kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul sejurus kemudian.

“Apa yang saya bimbangkan ialah, Zamani masih di bawah pengawasan polis, yang mana setiap dua minggu atau sebulan sekali, Pengasih akan bawa beliau laporkan diri.

“Jadi, saya berharap sesiapa yang terjumpa beliau, segera menghubungi Pengasih atau meminta Zamani pergi ke balai polis terdekat,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Zamani yang terkenal dengan lagu ‘Gerimis Mengundang’, tinggal dan mendapat khidmat bantuan di Ruman Pengasih, sejak 29 Januari lalu dan kini terapinya memasuki fasa kedua.

Tambah Mohd Yunus, saudara-mara Zamani yang datang ke Pengasih minggu lalu, memaklumkan beliau mahu meminta izin untuk keluar.

Namun begitu, selepas perkara tersebut disuarakan dalam perbincangan kumpulan sokongan yang dianggotai Zamani, mereka tidak bersetuju untuk membenarkan beliau keluar.

“Zamani perlu tinggal untuk tempoh dua hingga tingga bulan lagi, sebelum boleh keluar sepenuhnya dari Rumah Pengasih, iaitu pada penghujung tahun nanti.

“Saya difahamkan, Zamani agak marah apabila tidak dibenarkan keluar, oleh rakan-rakan dalam kumpulan sokongannya itu.

“Mungkin disebabkan itu, beliau mengambil tindakan untuk melarikan diri, namun saya meminta beliau segera pulang ke Rumah Pengasih, kerana Zamani pun tidak sihat dan mengalami sakit pinggang,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy mengesahkan ada menerima laporan berhubung kehilangan Zamani dari Rumah Pengasih, pada pagi Jumaat.

Munusamy berkata, Zamani turut membuat laporan polis di Balai Polis Muar, Johor pada pagi tadi dan menegaskan, beliau keluar dari Rumah Pengasih dengan ‘rela hati’.

Menarik Dari Intenet Raya:


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.