Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak merancang untuk menamakan Nurul Nuha Anwar sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar.
Izzah yang juga anak sulung Anwar memberitahu, setakat ini Nurul Nuha yang merupakan anak kedua daripada enam beradik akan memberikan tumpuan terhadap kempen 'March To Freedom', yang diasaskan untuk menuntut pembebasan bapa mereka.
Anwar dipenjarakan selama lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Tidak ada cadangan daripada pihak kami untuk umum pencalonan mana-mana pihak untuk bertanding (pilihan raya).
"Pada hari ini tumpuan khusus diberikan terhadap perjuangan menuntut kebebasan Datuk Seri Anwar menerusi kempen March Of Freedom," katanya pada sidang media kempen tersebut di kediaman keluarga Anwar di Segambut pada Rabu.
Nurul Izzah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pihak media sama ada kempen yang diasas dan digerakkan oleh Nurul Nuha itu merupakan satu usaha untuk membawa adiknya kepada masyarakat umum sebelum melibatkan diri dalam politik.
"Berdasarkan rekod, bertanding di negara ini bukan mewakili parti pemerintah agak sukar dan mencabar.
"Setakat ini saya dan ibu, Datuk Seri Dr Wan Azizah telah terlibat dalam politik dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk bertahan...kami 'dipisahkan' daripada bapa kami.
"Biarlah saya dan ibu meneruskan perjuangan (politik)," katanya.
Pada Rabu, anak kedua pasangan Anwar- Dr Wan Azizah itu mengumumkan kempen March To Freedom sebagai perjuangan menuntut kebebasan ketua pembangkang itu.
Beliau bertindak selaku pengasas dan bertanggungjawab menggerakkan kempen tersebut.
Pengenalan kempen itu bagaimanapun mewujudkan khabar angin bahawa ibu kepada seorang anak itu akan menggantikan bapanya dengan bertanding di kerusi Permatang Pauh yang kosong setelah Anwar terlucut jawatan ahli Parlimen kerana dipenjarakan selama lima tahun.

Sumber : mStar
Lagi Menarik di Intenet Raya:
19 Ways Having Perfectly Straight Hair Rocks, As Illustrated By Malaysian Instagrammers
10 (More) Pun-Tastic Reasons To Get Cheras To IKEA Cheras This 19 November
[QUIZ] How Good Of A Driver Are You, Exactly?
See how you can get FREE petrol vouchers this November 2015. Don’t miss out!
6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara
11 Mysterious Caves In Malaysia You Need To Explore At Least Once In Your Life

0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.