Powered by Blogger.

Monday, November 23, 2015

Padah! Tindakan Aksi Berani Doktor Ca bul Pesakit Wanita

Suka.info     6:46:00 AM     0



Seorang wanita yang hanya mahu dirinya dikenali sebagan Miss T mendakwa dirinya dicabul oleh seorang doktor lelaki ketika dia mendapat rawatan di sebuah klinik kerajaan di Klang pada 8 Oktober lalu.

Miss T, 29, berkata dia ke klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan bagi sakit kepala dan batuk.

Miss T berkata, doktor terbabit meraba bahagian payudaranya beberapa minit ketika menjalankan pemeriksaan pernafasan.

Selain itu Miss T juga mendakwa doktor lelaki terbabit turut mengarahkan Miss T membuka baju termasuk coli namun arahan itu ditolak. Doktor terbabit kemudian memasukkan tangan ke dalam baju dan menyentuh payudara Miss T lagi.

Miss T kemudian membuat laporan di Balai Polis Klang.

“Saya mahu polis menyiasat doktor terbabit dan tidak mahu perkara yang sama berlaku terhadap wanita lain,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang di sini hari ini memetik laporan dari TheRakyatPost.

Namun, Miss T berkata sehingga hari ini dia masih belum dipanggil untuk memberi keterangan.

Miss T hadir pada sidang media pada hari ni dengan memakai topeng dan topi serta baju yang sama pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak mengesahkan sudah menerima laporan polis tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Lagi Menarik di Intenet Raya:

19 Ways Having Perfectly Straight Hair Rocks, As Illustrated By Malaysian Instagrammers

10 (More) Pun-Tastic Reasons To Get Cheras To IKEA Cheras This 19 November

[QUIZ] How Good Of A Driver Are You, Exactly?

See how you can get FREE petrol vouchers this November 2015. Don’t miss out!

6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara

11 Mysterious Caves In Malaysia You Need To Explore At Least Once In Your Life

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.