Powered by Blogger.

Sunday, November 1, 2015

Akhirnya Taliban umumkan gencatan senjata demi menyelamatkan mangsa gempa

Suka.info     7:45:00 AM     0


KABUL – Kumpulan mi­litan Taliban semalam mengisytiharkan gencatan senjata di kawasan-kawasan di Afghanistan yang terjejas selepas gempa bumi melanda rantau Asia Selatan awal minggu ini.

Bencana itu menyebabkan lebih 400 orang di Aghanistan, Pakistan dan India terkorban.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat selepas tiga hari gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan rantau Hindu Kush yang bermula dari Tajikistan hingga ke India dengan kebanyakan kematian dicatatkan di Pakistan dan Afghanistan.

“Kami menasihatkan mujahidin kami supaya tidak me­nyerang sesiapa yang cuba membantu mangsa gempa bumi termasuk pentadbiran Kabul.

“Namun, sekiranya pejuang Taliban diserang, mereka dibenarkan bertindak balas,” kata seorang jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid.

Zabiullah bagaimanapun tidak mendedahkan bila gencatan senjata itu akan ber­akhir ataupun wilayah-wilayah yang terlibat dalam genjatan senjata satu pihak itu.

Antara wilayah di Afghanistan yang terjejas teruk akibat gempa bumi baru-baru ini ialah Badakhshan, Takhar, Nuristan, Kunar, Nangarhar dan Kabul.

“Kami tidak menyedari tentang pengumuman itu. Bagaimanapun, ia tidak boleh dipercayai selagi tidak mendapat pengesahan kerajaan Afghanistan.

“Jabatan kami mula me­nyalurkan bantuan ke wi­layah-wilayah yang terjejas sejak kelmarin,” kata Ketua Operasi Bantuan Kecemasan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Afghanistan, Mohammad Aslam Sayyaf. – dpa

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3qByXLDqv


Lagi Menarik di Intenet Raya:

5 Incredibly Fun Things You Can Do In Korea During Winter For Absolutely FREE!

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.