Powered by Blogger.

Sunday, November 1, 2015

Anggota polis ditimbus batu kerana cuba menahan lori yang membawa bawa muatan berlebihan

Suka.info     7:30:00 AM     0



HAINAN, China – Seorang anggota polis berdepan detik cemas apabila ditimbus batu-batu kerikil ketika cuba menahan sebuah lori yang disyaki membawa muatan berlebihan baru-baru ini.

Insiden itu sempat dirakam oleh seorang rakan kepada anggota penguat kuasa tersebut yang berada di tempat kejadian.

Pada mulanya, lori berkenaan ditahan kerana membawa muatan yang berlebihan dan seorang anggota polis menghampiri bahagian belakang kenderaan tersebut untuk diperiksa.

Bagaimanapun pemandu lori tersebut bertindak membuka penghadang di bahagian belakang kenderaan berkenaan menyebabkan batu-batu yang ada jatuh lalu menimbus polis terbabit.

Ketika rakan-rakannya cuba menolong polis berkenaan keluar daripada timbunan batu-batu itu, pemandu lori tersebut dengan pantas melarikan diri.

Bagaimanapun, pemandu lori itu berjaya diberkas dan didakwa kerana cuba mencederakan pihak berkuasa selain kesalahan membawa muatan berlebihan. – Agensi

Kosmo

Lagi Menarik di Intenet Raya:

5 Incredibly Fun Things You Can Do In Korea During Winter For Absolutely FREE!

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.