Powered by Blogger.

Wednesday, November 18, 2015

Bakal presiden Amerika Syarikat, Trump mahu menutup masjid kerana mendakwa masjid adalah tapak pengganas militan

Suka.info     8:35:00 AM     0


WASHINGTON – Bilionair dan salah seorang calon untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump menyatakan, AS perlu ‘menimbang dengan serius’ untuk menutup sebilangan masjid di negara berkenaan bagi mengekang serangan militan.

“Anda perlu memantau dan menyiasat masjid-masjid kerana banyak yang diperkatakan di dalamnya,” kata Trump kepada stesen televisyen kabel, MSNBC selepas serangan berdarah di Paris pada Jumaat lalu yang menyebabkan 129 orang terbunuh.

Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls kelmarin memaklumkan bahawa masjid dan kumpulan radikal yang menyerang nilai-nilai murni negara itu perlu ditutup.

MSNBC bertanya sama ada Trump akan melakukan perkara sama di AS jika dia menjadi Presiden.

“Saya tidak suka melakukannya tetapi itu sesuatu yang kamu perlu pertimbangkan dengan serius. Ini kerana sesetengah idea dan sebahagian daripada kebencian, kebencian yang mutlak, datang dari tempat sedemikian (masjid),” katanya.

Trump yang mendahului senarai pencalonan Parti Republikan bagi pilihan raya Presiden AS pada tahun hadapan mahu ‘pemantauan rapi’ ke atas masjid yang dilakukan oleh pentadbiran bandar raya New York susulan serangan 11 September 2001, perlu disambung semula.

Pemimpin-pemimpin Parti Republikan lain setakat ini masih belum membuat kenyataan terbuka untuk menutup masjid-masjid.

Bagaimanapun, selepas serangan di Paris, ramai yang bangkit menentang keras kemasukan pelarian Syria ke AS atas faktor keselamatan. – AFP

Lagi Menarik di Intenet Raya:

The Magician Behind Britney's Concert And Other Top Hollywood Shows Is Coming To Malaysia!

12 Insanely Cool LEGO Collectibles You Wish You Had As A Kid

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

How To Show You Love Someone With Sweat, Shells And 6 Other Symbols

6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara

CHALLENGE: Show us your best outfit and you might just win RM250 Zalora vouchers!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.