Powered by Blogger.

Wednesday, November 18, 2015

Ustaz berjaya perdaya wanita hingga ada anak. Sekurang-kurangnya 11 wanita jadi mangsa ustaz kasanova ini

Suka.info     8:55:00 AM     0


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memohon kerjasama orang awam untuk mengesan Ustaz Kasanova yang gagal menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAWI pada 29 Oktober lalu.

Suspek yang bernama Mohd Razis Ismail dan bernombor kad pengenalan 821020-14-5185 dikatakan gagal mematuhi proses jaminan bahagian berkenaan atas kesalahan pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

“Siasatan lanjut mendapati bahawa suspek telah berkahwin tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan sama ada dari segi undang-undang dan juga hukum syarak. 

"Kebanyakan perkahwinan dan perceraian suspek adalah tidak didaftarkan mengikut undang-undang di Malaysia sehingga berlaku penganiayaan dan pengabaian terhadap isteri dan anak-anak suspek,” kata Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya di dalam sidang media di Kompleks Pusat Islam hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Paimuzi turut berkata bahawa sebelum ini isteri kepada suspek turut pernah ditahan di bawah Seksyen 23 (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) bagi kesalahan persetubuhan luar nikah.

Menurut beliau lagi, hasil siasatan melibatkan kes Ustaz Kasanova ini mendapati bahawa Razis telah bersekedudukan dengan wanita tersebut dari tahun 2012 hingga tahun 2015 sehingga mempunyai dua orang anak luar nikah.

Modus operandi suspek berkenaan adalah dengan berperwatakan sebagai seorang ustaz disamping menjaja status bujang bagi memperdaya mangsa untuk berkahwin.

Wanita yang kerap menjadi sasaran suspek berkenaan kebiasaannya ialah golongan berpelajaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan ciri-ciri muslimah.

Pada sidang media yang sama, Paimuzi turut meminta kerjasama orang awam untuk mengesan 12 orang suspek yang terlibat dengan ajaran sesat Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim yang melarikan diri dari menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

JAWI telah menjalankan serbuan di 2 lokasi dan menahan seramai 23 orang pesalah yang disyaki terlibat dengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim.

Kesemua yang ditahan telah disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) bagi kesalahan doktrin palsu dan Seksyen 5 Akta 559 bagi kesalahan mengembangkan doktrin agama, dan sebagainya.

“Siasatan lanjut mendapati bahawa ciri-ciri ajaran ini jelas bertentangan dengan akidah dan syariah Islam seperti membawa ajaran dan kerajaan baru, mendakwa ada rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W, mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti Millah Abraham @ Ibrahim, menggabungkan 3 ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi, memahami Al-Quran mengikut tafsiran sendiri, mendakwa hari kiamat adalah palsu, meninggalkan solat lima waktu dan Solat Jumaat serta taksub dan memutuskan hubungan keluarga dan suami isteri.

“Dalam maklumat JAWI, ajaran ini masih bergerak aktif dengan merekrut ahli-ahli baru supaya terpengaruh dengan pemahaman Islam secara logik akal dan pemantauan oleh pihak Penguatkuasa Agama sentiasa dijalankan bagi melumpuhkan kegiatan ajaran ini,” kata Paimuzi lagi.






Lagi Menarik di Intenet Raya:

The Magician Behind Britney's Concert And Other Top Hollywood Shows Is Coming To Malaysia!

12 Insanely Cool LEGO Collectibles You Wish You Had As A Kid

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

How To Show You Love Someone With Sweat, Shells And 6 Other Symbols

6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara

CHALLENGE: Show us your best outfit and you might just win RM250 Zalora vouchers!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.