Siapa yang tidak mengenali Kolonel Harland David Sanders, pengasas restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken, KFC dan kemudiannya menjadi duta dan simbol kepada syarikat berkenaan. Jika anda tidak mengenali beliau, beliau merupakan seorang lelaki tua yang berjanggut dan berbaju putih serta berkaca mata yang sering dipertontonkan oleh KFC di khalayak ramai. Itulah Kolonel Sanders.
Jika menceritakan tentang kolonel Sandlers, pasti anda semua mengetahui mengenai kegagalan beliau menawarkan resepi ayam gorengnya ke restoran-restoran. Pernah ditolak sehingga 1009 kali oleh individu dan pemilik restoran ketika menawarkan resepi ayam goreng KFC kepada mereka. Tetapi untuk entri kali ini bukan itu yang pihak kami akan ceritakan, kami akan membawakan 7 fakta menarik mengenai pengasas kentucky fried chicken ini yang mungkin anda tidak tahu.
1. Kolonel Sanders bukan seorang kolonel tentera
Kolonel Sanders sememangnya seorang kolonel, tetapi beliau tidak memperoleh pangkat kolonel itu ketika berkhidmat di dalam tentera. Beliau memperolehi jawatan tersebut daripada Gabenor Lawrence Wetherby, wakil kerajaan negeri Kentucky yang membawa gelaran Kolonel Kentucky kepada dirinya. Tiada kewajipan yang perlu dilaksanakan ketika memegang gelaran ini dan tiada gaji yang diterima sepanjang menggunakan gelaran ini.
2. Kehidupannya penuh dengan kegagalan
Sanders baru berusia 6 tahun, bapanya pulang dari kerja dalam keadaan demam dan meninggal dunia pada hari yang sama. Ibu Sanders berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak disukai oleh Sanders dan terpaksa meninggalkan sekolah ketika berada di gred 7 untuk melepaskan diri daripada keluarganya. Sebagai seorang dewasa pula, beliau pernah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk sebagai askar, bomba dan jurujual insurans. Sanders berkahwin, kemudian ditinggalkan isteri selepas beliau ditangkap menipu di samping sering bertukar pekerjaan. Kemudiannya beliau mendapat ijazah di dalam undang-undang, namun, sekali lagi dipecat kerana terlibat di dalam pergaduhan di tempat kerja dengan pelanggan sendiri.
3. Beliau menjual ayam goreng di stesen minyak
Sanders telah bekerja sebagai jurujual di Kentucky untuk syarikat tayar Michelin, dan hilang kerja pada tahun 1924 apabila Michelin menutup kilang mereka di New Jersey. Melalui hubungan ini, Pengurus Besar Standard Oil of Kentucky menawarkannya peluang untuk menjalankan perniagaan beliau sendiri di Nicolasville, KY. Kemudian Sanders telah diberikan ruangan di stesen minyak di North Corbin, KY. Sewanya percuma. Disini Sanders menjual ayam goreng di sebuah negara yang gemarkan ham dan steak pada waktu itu dan ianya adalah sesuatu yang janggal.
4. Beliau menjual perniagaan dengan harga $ 2 juta
Pada tahun 1964, Sanders telah menjadi salah seorang individu yang berjaya didalam mengendalikan francais perniagaan ayam goreng beliau. Walau bagaimanapun, akibat tekanan kerja yang berlebihan, beliau merasakan beliau tidak mampu untuk mengendalikan lagi perniagaan tersebut. Oleh sebab itu, beliau menjual perniagaan KFC ini dengan harga $ 2 juta dan memperolehi gaji tahunan sebanyak $ 40,000 kepada sekumpulan pelabur.
5. Kolonel Sanders mengutuk restorannya sendiri
Setelah perniagaan KFC dijual, pemilik baru KFC masih lagi menggunakan imej korporat yang sedia ada dengan mengangkat kolonel Sanders sebagai duta syarikat tersebut dimana beliau melakukan penjelajahan ke seluruh negeri di Amerika untuk merasai sendiri ayam goreng yang dihasilkan oleh KFC di restoran yang berbeza. Jika beliau tidak suka dengan apa yang beliau lihat atau makan, beliau akan memberitahu staf terbabit dengan menggunakan kata-kata kesat dan sumpah seranah.
6. Beliau membuka restoran seumpama KFC
Disebabkan perasaan yang tidak berpuas hati dengan kualiti makanan yang dihasilkan oleh KFC selepas francais itu dijual, Sanders memutuskan untuk membuka restoran yang bakal bersaing dengan KFC menerusi produk yang sama yang dikenali sebagai “The Colonel’s Lady” . Kemudian KFC menyaman Sanders diatas pembukaan restoran tersebut dan mereka memenangi kes ini dengan pampasan $ 1 juta dolar. Selepas kes terbabit, Sanders menjual restoran tersebut kepada pemilik baru. Restoran itu sehingga kini masih wujud di Shelbyville, KY, tetapi ianya lebih dikenali sebagai “Claudia Sanders Dinner House”.
7. Beliau meninggal dunia ketika berusia 90 tahun
Pada bulan Jun 1980, Sanders telah disahkan menghidap leukemia dan meninggal dunia pada tahun yang sama di sebuah Hospital Yahudi di Loiusville, KY kerana menghidap radang paru-paru. Sehingga kematiannya, Sanders masih membuat penampilan klasiknya yang mengenakan suit putih dan janggut putih.
Diharapkan fakta menarik mengenai pengasas KFC ini mampu menarik minat anda untuk lebih mengenali tentang siapa sebenarnya Kolonel Sanders. Jom makanayam KFC?
Lagi Menarik di Intenet Raya:
It is as easy as flipping your straight hair with your BFF
It is as easy as flipping your straight hair with your BFF
It is as easy as flipping your straight hair with your BFF
It is as easy as flipping your straight hair with your BFF
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.