Semua 20 universiti awam bersetuju agar penggunaan vape atau rokok elektronik dan rokok diharamkan di kampus masing-masing, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
“Walaupun sebelum ini ada naib canselor yang mengumumkan pengharaman menghisap vape dan rokok dalam kawasan universiti, saya menyifatkan keputusan bersama ini adalah tepat kerana universiti adalah zon hijau.
“Dahulu, hanya rokok yang diharamkan dihisap (di universiti), sekarang kita perluaskan kepada vape atau rokok elektronik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) ke-6 di Dewan 2020 di sini, malam tadi.
Beliau berkata universiti diberi kuasa autonomi dan berhak menentukan hukuman atau tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut dan kerajaan tidak akan campur tangan.
Mengenai sukan dalam kalangan pelajar universiti, Idris berkata kerajaan menyediakan banyak insentif dan kemudahan selain pengecualian tertentu kepada atlet yang aktif untuk menggalakkan mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang sukan.
Malah, katanya, lebih separuh pingat yang diperoleh kontinjen negara dalam Sukan SEA disumbangkan oleh atlet dari kalangan pelajar terutamanya pelajar universiti.
“Kerajaan memang mengiktiraf kejayaan pelajar dalam bidang sukan. Ini dapat dilihat melalui banyak insentif dan penganugerahan disediakan untuk mereka agar lebih produktif,” katanya.
Kejohanan dwi tahunan itu dikelolakan oleh MASKOM, membabitkan 994 atlet yang bertanding dalam tujuh acara iaitu renang, olahraga, badminton, tenpin boling, bola sepak, skuasy dan hoki.
Lagi Menarik di Intenet Raya:
19 Ways Having Perfectly Straight Hair Rocks, As Illustrated By Malaysian Instagrammers
10 (More) Pun-Tastic Reasons To Get Cheras To IKEA Cheras This 19 November
[QUIZ] How Good Of A Driver Are You, Exactly?
See how you can get FREE petrol vouchers this November 2015. Don’t miss out!
6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara
Rahsia Bagaimana 5 Perkara Yang Ada Di Kereta Ini Buat Korang Nampak Berani & Bergaya!
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.