Powered by Blogger.

Saturday, November 21, 2015

Malu guna monopod, lelaki cipta 'lengan selfie' yang lagi memalukan

Suka.info     9:15:00 PM     0


Seorang lelaki Jepun menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila mencipta alat aneh dinamakan ‘lengan selfie’ bagi menggantikan monopod yang sering digunakan untuk mengambil gambar.

Menurut portal Oddity Central, lelaki yang dikenali sebagai Mansun itu mereka alat tersebut menggunakan sebatang besi panjang yang dipakai dengan cara disambungkan kepada sepasang tangan palsu.

Mansun berkata, dia mencipta alat tersebut kerana amat malu menggunakan monopod untuk mengambil gambarnya sendiri ketika berada di khalayak ramai.

Namun, ciptaannya itu dilihat agak pelik dan lebih memalukan kerana perlu dipakai di dalam baju yang diubah suai dengan lengan yang amat panjang.

“Mansun kelihatan begitu gembira berjalan-jalan dengan dua lengan palsu yang agak menyeramkan tergantung di sisinya.

“Syukurlah, dia tidak merancang untuk menjual alat tersebut, tetapi dia menyediakan gambar-gambar terperinci untuk sesiapa yang mungkin berminat membuat ‘lengan selfie’ mereka sendiri,” ujar laman web tersebut.

Lagi Menarik di Intenet Raya:

19 Ways Having Perfectly Straight Hair Rocks, As Illustrated By Malaysian Instagrammers

10 (More) Pun-Tastic Reasons To Get Cheras To IKEA Cheras This 19 November

[QUIZ] How Good Of A Driver Are You, Exactly?

Agak-Agak Korang, 6 Adegan ‘Gedebush-Gedebush’ Dalam Drama Tamil Ni Real Ke Tidak?

6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara

Rahsia Bagaimana 5 Perkara Yang Ada Di Kereta Ini Buat Korang Nampak Berani & Bergaya!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.