Powered by Blogger.

Saturday, November 21, 2015

Gadis ditemui mati di rumah bekas teman lelaki, dipercayai dikelar teman lelaki baru

Suka.info     9:20:00 PM     0

Seorang remaja perempuan ditemukan maut dengan kesan luka dipercayai dikelar di sebuah rumah milik bekas teman lelakinya di Cheras Utama, di sini petang ini.

Mangsa yang berusia 19 tahun ditemukan dalam keadaan terlentang di atas lantai di rumah berkenaan oleh pasukan polis yang datang ke situ kira-kira pukul 5 petang.

Difahamkan, pasukan polis ke rumah berkenaan selepas mendapat laporan daripada petugas Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang menerima panggilan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, polis telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang merupakan bekas teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan.

“Suspek telah mengenali mangsa selama tiga tahun dan mereka tinggal bersama di rumah peninggalan bapa suspek kira-kira Februari lalu.

“Bagaimanapun, menurut suspek, mangsa tidak lagi tinggal bersamanya setelah keluar rumah pada bulan lalu selepas bergaduh kerana salah faham.

"Namun, kelmarin mangsa datang semula dalam keadaan bengkak dan luka di beberapa bahagian badan.

“Suspek juga menyatakan mangsa dipukul dan dikejar oleh teman lelaki baharu namun enggan ke hospital untuk dirawat,” jelasnya di sini hari ini.

Menurut Kok Sin lagi, mangsa tidak mempunyai pengenalan diri dan menurut suspek, mangsa tidak membawa barang-barang peribadi ketika datang ke rumah itu.

“Malah suspek juga tidak mengetahui alamat sebenar mangsa,” ujarnya.

Mengulas tentang kecederaan mangsa, Kok Sin memberitahu, terdapat kesan bengkak pada muka dan serata badan serta luka hirisan di kedua-dua belah betis.

“Setakat ini kita menahan pemilik rumah itu untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Lagi Menarik di Intenet Raya:

19 Ways Having Perfectly Straight Hair Rocks, As Illustrated By Malaysian Instagrammers

10 (More) Pun-Tastic Reasons To Get Cheras To IKEA Cheras This 19 November

[QUIZ] How Good Of A Driver Are You, Exactly?

Agak-Agak Korang, 6 Adegan ‘Gedebush-Gedebush’ Dalam Drama Tamil Ni Real Ke Tidak?

6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara

Rahsia Bagaimana 5 Perkara Yang Ada Di Kereta Ini Buat Korang Nampak Berani & Bergaya!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.