Powered by Blogger.

Saturday, November 21, 2015

Wanita tegur budak jangan ganggu ba.bi hutan, namun dia pula yang disondol

Suka.info     9:24:00 PM     0


Tindakan seorang wanita menegur sekumpulan kanak-kanak yang mengganggu seekor ba.bi hutan mengundang padah apabila dia pula yang disondol haiwan berkenaan di Jalan Persiaran Karpal Singh, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa, Yap Poh Rui, 30, bernasib baik kerana hanya cedera ringan di siku dan dibawa ke hospital oleh penduduk setempat.

Menurut sumber, ketika kejadian, wanita terbabit yang bekerja sebagai setiausaha bersama rakannya membonceng basikal di kawasan berkenaan.

“Memang sudah menjadi kebiasaan mangsa akan berbasikal di kawasan itu setiap pagi bersama rakannya, namun semalam dia terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yang mengganggu ba.bi hutan berkenaan dengan mencucuk haiwan itu menggunakan kayu.

“Mangsa kemudian memberhentikan basikalnya dan menghampiri kanak-kanak terbabit untuk menghalang perbuatan mereka.

"Bagaimanapun, belum sempat dia turun, secara tiba-tiba haiwan itu terus menyerangnya,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian terus rebah dan rakannya yang menyaksikan kejadian itu meminta pertolongan daripada penduduk setempat yang kemudian merawat lukanya.

“Ba.bi hutan berkenaan dipercayai sesat dan selepas menyerang mangsa, haiwan itu memasuki kawasan semak berhampiran.

“Bagaimanapun, beberapa penduduk terus menghubungi Jabatan PERHILITAN (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) yang kemudian terpaksa menembak haiwan itu kerana ia agak agresif,” katanya.

Lagi Menarik di Intenet Raya:

19 Ways Having Perfectly Straight Hair Rocks, As Illustrated By Malaysian Instagrammers

10 (More) Pun-Tastic Reasons To Get Cheras To IKEA Cheras This 19 November

[QUIZ] How Good Of A Driver Are You, Exactly?

Agak-Agak Korang, 6 Adegan ‘Gedebush-Gedebush’ Dalam Drama Tamil Ni Real Ke Tidak?

6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara

Rahsia Bagaimana 5 Perkara Yang Ada Di Kereta Ini Buat Korang Nampak Berani & Bergaya!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.