Powered by Blogger.

Thursday, October 29, 2015

Tiada pengharaman vape buat masa ini

Suka.info     12:48:00 PM     0

Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan kerajaan belum memutuskan untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape buat masa ini.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, langkah mengharamkan vape masih terlalu awal dan pihak kementerian perlu mengkajinya terlebih dahulu, lapor The Star.

"Kita sekarang sedang membuat satu undang-undang baru yang melibatkan vape, shisha dan tembakau. Semua sekali. Satu undang-undang baru.

“Itu satu yang perlu kita (kementerian) putuskan.

“Kita dalam proses perbincangan dengan pemegang syarikat mengenai isu ini. Tidak lagi (haramkan vape), ia masih awal lagi untuk diperkatakan", katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan kementeriannya yang mahu mengharamkan alat gantian tembakau terbabit atas faktor kesihatan.

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.