Powered by Blogger.

Thursday, October 29, 2015

Zul Ariffin Alami Kecederaan Serius Akibat Terlebih Sado

Suka.info     6:53:00 PM     0

Bersenam amat bagus untuk kesihatan. Namun tindakan Zul Ariffin yang terlebih bersenam menyebabkan beliau terpaksa menerima padah apabila tisu bahunya terkoyak.


Menerusi laman instagram miliknya, beliau telah memuat naik sekeping gambar dalam keadaan tangan yang cedera. Nyata tindakan itu mengundang rasa cemas dalam kalangan peminat Zul Ariffin. Al maklumlah kan, Zul Ariffin ni kan menjadi pujaan ramai wanita.

Bagaimanapun, Zul mengalami kecederaan tersebut adalah kerana terlebih melakukan senaman sehinga menyebabkan tisu bahu kirinya terkoyak.

“Saya yakin ia berpunca daripada senaman berlebihan. Sewaktu di gimnasium lagi saya sudah merasai kesakitan itu, tapi saya buat tak tahu saja. Keesokan harinya, apabila bangun tidur saya tak boleh gerakkan tangan ke depan. Saya terus berjumpa doktor pakar dan beliau mengesahkan tisu bahu saya terkoyak”

“Kecederaan ini agak serius sebab itu doktor menasihati saya supaya berehat dan tak boleh melakukan kerja berat.

“Ia tak perlukan pembedahan sebaliknya kecederaan sebegini akan pulih sendiri jika menjaga pemakanan dan rehat secukupnya” katanya.

Zul dalam masa yang sama turut dinasihatkan agar berehat selama lebih sebulan untuk memastikan kesan koyak tisu dibahunya itu kembali pulih.

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.