Powered by Blogger.

Saturday, October 31, 2015

Ibu kepada pelajar perempuan tingkatan 4 terkejut lepas melihat sendiri anaknya bersama 8 pelajar lelaki bergilir-gilir dalam kelas

Suka.info     7:49:00 PM     0



MELAKA: Seorang pelajar Tingkatan Empat di Jasin telah melakukan lebih daripada mengulangkaji pelajaran di sekolah - dia didakwa turut melakukan hubungan seks dengan beberapa pelajar lelaki, termasuk di dalam kelasnya juga.

Difahamkan, gadis berusia 15 tahun itu akhirnya mengakui tentang keinginan luar biasanya selepas ibunya yang berusia 40 tahun melakukan intipan dan membongkar apa yang telah berlaku kepada anak perempuannya serta 8 pelajar lelaki sejak Mei lalu.

Dipercayai pelajar-pelajar lelaki itu datang ke rumah apabila bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, dua adik dan ibunya berada di tempat kerja atau tiada di rumah.

Pada Selasa minggu lepas, ibunya yang mencurigai sesuatu bertindak melakukan intipan ketika gadis itu berseorangan di rumah.

Wanita itu sangat terkejut dan marah selepas dia melihat beberapa budak lelaki memasuki rumahnya.

Pada mulanya, gadis itu menafikan ada melakukan apa-apa bersama rakan-rakan sekolahnya, tetapi selepas soal siasat berterusan oleh keluarganya, dia mengaku ada melakukan hubungan seksual yang sangat menggemparkan.

Remaja itu mengaku kepada ibu bapanya bahawa sejak meniduri salah seorang daripada pelajar-pelajar lelaki itu di rumahnya pada bulan Mei lalu, dia mulai bertambah "nakal" dengan 7 yang lain pula di pelbagai tempat, termasuk di sebuah pondok kosong berhampiran rumahnya dan mengejutkan juga berlaku di dalam kelas di sekolah.

Yang terbaru berlaku pada Jumaat minggu lepas, didakwa di dalam kelas selepas sesi sekolah berakhir.

Keluarga itu kemudian membawa gadis itu untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin.

Semalam, polis telah menahan 8 remaja lelaki berusia 15 dan 16 untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Muhd ​​Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan, dan berkata, siasatan akan diambil alih oleh Ibu Pejabat Polis Melaka selepas kes ini mendapat perhatian Jabatan Pendidikan.

TheStar


Lagi Menarik di Intenet Raya:

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

5 Incredibly Fun Things You Can Do In Korea During Winter For Absolutely FREE!

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.