Powered by Blogger.

Saturday, October 31, 2015

Model jelita kemukakan saman terhadap syarikat pengiklanan selepas iklan dirinya jadi bahan ketawa netizen

Suka.info     8:33:00 PM     0





TAIPEI: Seorang model Taiwan yang dipaparkan dalam iklan sebuah klinik pembedahan plastik mengancam untuk menyaman agensi pengiklanan dan klinik itu selepas iklannya menjadi viral di internet.

Heidi Yeh sebelum ini bersetuju untuk menjadi model iklan sebuah klinik pembedahan plastik yang memaparkan wajahnya dengan seorang model lelaki bersama tiga kanak-kanak.

Bagaimanapun iklan itu menjadi viral di internet selepas ada dakwaan menyatakan dia diceraikan oleh lelaki di dalam iklan itu selepas melahirkan anak yang hodoh dan didakwa membuat pembedahan plastik.

Heidi memberitahu kepada BBC, kehidupannya selepas gambar itu menjadi viral sangat drastik apabila dia kehilangan pekerjaan sebagai model dan banyak agensi memberhentikannya sebagai model mereka.

"Saya kehilangan banyak perkara dalam hidup. Setiap hari saya menangis kerana menerima banyak cemuhan selain kehilangan punca pendapatan.

"Ia ibarat mimpi ngeri sepanjang kerjaya model saya," katanya.

Heidi berkata berdasarkan kontrak yang ditandatangani dengan agensi pengiklanan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, J Walter Thompson (JWT), menyatakan iklan itu akan digunakan di akhbar, majalah dan klinik itu saja.

Tetapi JWT kemudian menggunakannya di laman web dan Facebook sebelum dikongsi oleh beberapa pengguna Facebook seterusnya menjadi viral.

Pada tahun 2013, sebuah tabloid China membuat artikel palsu mengenai seorang suami menyaman isterinya apabila dia mendapati isterinya menjalani pembedahan plastik sebelum mereka berjumpa kerana anak-anak mereka mempunyai wajah yang berbeza.

"Apabila saya mula mendengar mengenai perkara ini dari seorang teman, saya berfikir bahawa ini hanyalah khabar angin saja.

"Kemudian saya sedar seluruh dunia sudah mengetahui kisah ini dan mereka memikirkan ia adalah kisah benar.

"Malah rakan-rakan saya ketika itu termasuk teman lelaki bertanya mengenainya," katanya. - BBC/AGENSI

Berita Harian


Lagi Menarik di Intenet Raya:

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

5 Incredibly Fun Things You Can Do In Korea During Winter For Absolutely FREE!

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.