Powered by Blogger.

Tuesday, October 27, 2015

Karen Rahman Bongkar Rahsia Siapa Maria Farida yang Sebenar!

Suka.info     11:47:00 PM     0

Semakin rumit dan hangat kisah “Tuduhan Maria Farida Rampas Suami Orang Terbongkar!” lebih-lebih lagi apabila masing-masing saling menyalahkan dan berani untuk mengeluarkan kenyataan sebenar. Sebelum ini pelakon Maria Farida telah menjawa segala kutukan dan tohmahan yang dilemparkan atas fitnah merampas suami teman baiknya sendiri.


Menerusi rancangan Melodi di TV3, isu panas ini akhirnya dijelaskan sendiri untuk pemahaman semua oleh Maria Farida dan anak-anak Karen Rahman serta bekas suami. Sangat mengejutkan apabila semuanya dibongkar satu demi satu “Kisah Maria Farida Rampas Suami Kawan Baik Memang PANAS!“.

Bayangkan seorang anak menceritakan segala keburukan seorang ibu namun, tidak hanya berdiam diri Karen Rahman akhirnya menyatakan semua itu adalah tipu dusta semata-mata. Betul ke atau saje nak bela diri? Kalau nak diikutkan cerita, hubungan suami isteri dan keluarga Karen Rahman ni memang bermasalah malah anak-anak turut menyebelahi Maria Farida. Nak tahu apa jawapan yang diberikan oleh Karen Rahman tak?

“Buat masa ini saya tak nak jawab apa-apa sebab peguam saya beritahu suruh saya berdiam diri sebab saya tak nak benda ni mengganggu. Memang saya nak jawab tapi peguam saya kata biar dulu sebab saya dalam proses untuk saman Maria.

“Ada beberapa isu yang kereta dia buat laporan keretanya disimbah cat. Dia sebut nama saya di balai dan ia menyusahkan saya. Saya tidak buat benda itu jadi saya akan mengambil tindakan mahkamah untuk saman fitnah terhadap dia. Saya memang hendak mengadakan satu sidang media bagi menjawab segala tuduhan untuk memperbetulkan apa yang dia cakap sebenarnya tipu. Dia tu memang penipu. Dia memang mengganggu rumahtangga saya dan saya ada bukti yang kukuh.

“Dia mengganggu rumahtangga saya sebelum terjadi pergaduhan antara saya dan suami. Saya benarkan perbualan ini dirakam dan disiarkan di Melodi. Dalam masa terdekat ini saya tak nak buat sidang media pun sebab saya dalam proses mahkamah.”

Sementara itu, Karen Rahman turut mendedahkan Maria Farida sebenarnya memang terdesak inginkan seorang teman hidup yang kaya-raya namun tidak menyangka bekas suaminya yang menjadi pilihan.

“Saya perhatikan saja sikapnya (Maria Farida) yang suka menggedik dengan bekas suami sejak kami mula berkawan lagi. Tetapi bekas suami saya tidak pernah melayan. Beliau bukan lelaki mata keranjang. Kadang saya terdengar mereka berbual, manja saja suaranya meminta bekas suami saya mencari lelaki kaya buat dirinya.

“Saya pula jenis tidak pernah ambil peduli. Bagi saya, dia memang terdesak nak bersuami orang kaya. Bagaimanapun saya tidak sangka pula suami saya digoda dan dirampasnya,” akuinya.

Karen juga mengakui sangat sedih dengan apa yang telah anak-anaknya lakukan walhal menurutnya, Karen telah cuba untuk menjaga rumah tangganya dengan baik dan ia memang diakui sendiri oleh teman-temannya.

“Saya sedih mempunyai anak yang tidak mengenang budi. Biarlah Tuhan membalas perbuatannya kerana sanggup memburukkan saya sebagai ibu kandung yang melahir dan membesarkannya. Bagaimanapun kuasa Tuhan, kekasih Shazleen sendiri menghubungi dan memberitahu saya, kenyataan memburukkan saya itu adalah pakatan bekas suami dan Maria. Shazleen hanya mengikut sahaja. Semua itu cerita rekaan mereka untuk menutup skanda mereka menuduh saya jahat pula.

“Mungkin juga (Maria Farida cemburu). Saya tahu Maria selalu memburukkan saya pada teman-teman. Cerita itu sampai pada pengetahuan saya. Dia memfitnah kononnya saya penagih dadah, isteri y ang tidak pandai menjaga suami, keluar rumah tanpa suami dan macam-macam lagi.

“Tapi hakikatnya kawan-kawan saya tahu siapa saya. Bagaimana sempurnanya saya menjaga suami dan rumah tangga,” terangnya.

MashaAllah sampai macam tu sekali memburukkan sahabat demi kepentingan diri sendiri. Sekarang keadaan semakin memeningkan, apa-apa pun nantikan kesudahan episod drama mereka. Kuasa Allah jangan dicabar, mereka yang salah tetap akan menerima balasannya kelak.

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.