Powered by Blogger.

Saturday, October 31, 2015

"Keyboard Warior" Facebook didenda RM120,000 kerana menghina Raja Melayu

Suka.info     3:26:00 PM     0



TEMERLOH 30 Okt. – Seorang warga emas didenda RM120,000 atau penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menghina Raja-raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong menerusi laman sosial, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Wan Fatul Johari, 68, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tiga pertuduhan yang dihadapi tertuduh di bawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mengikut pertuduhan pertama, Wan Fatul didakwa mengeluarkan komen di Facebook yang bersifat jelek terhadap Sultan Kelantan pada 31 Ogos 2012 di Lot 1107 Kampung Mempateh di sini.

Bagi dua lagi pertuduhan, lelaki itu didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong di Facebook di tempat yang sama masing-masing pada 3 Jun 2013 dan 4 Jun 2013.

Di bawah Seksyen 233(3) akta tersebut, tertuduh boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman denda RM30,000 atau penjara lapan bulan terhadap Wan Fatul bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua, dia didenda RM40,000 atau penjara 10 bulan.

Bagi pertuduhan ketiga iaitu membabitkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, warga emas terbabit didenda maksimum RM50,000 atau penjara 12 bulan.

Tertuduh yang memakai kain pelekat dan berbaju Melayu warna biru serta bersongkok kelihatan tenang semasa keputusan dibacakan sambil dia kelihatan menulis nota.

Ahmad Zamzani berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah meneliti keterangan daripada 12 saksi pendakwaan dan keterangan tertuduh serta mempertimbangkan rayuan tertuduh yang sudah tidak bekerja dan mempunyai lima tanggungan.

“Mahkamah memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh dan menjatuhkan hukuman tersebut mengikut Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia,” kata beliau.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd. Salleh dan Zairul Nahar Zakaria manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/hina-raja-melayu-8232-warga-emas-8232-didenda-rm120-000-1.152544#sthash.6taXYmwq.dpuf


Lagi Menarik di Intenet Raya:

7 Sebab Kenapa Lelaki Nampak Seksi Pada Mata Wanita Sampai Bikin Cair

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.