Powered by Blogger.

Saturday, October 31, 2015

Vape (rokok elektronik) tidak akan diharamkan di Malaysia

Suka.info     3:36:00 PM     0

PUTRAJAYA 30 Okt. - Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak berhubung isu tersebut.

   Walau bagaima­n­­­apun, dise­babkan vape turut mempunyai kesan buruk kepada kesihatan, Kabinet dalam mesyuarat hari ini meminta kajian lanjut dilakukan Kementerian Kesihatan sama ada terdapat keperluan untuk mengha­ramkannya pada masa depan.
   Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, buat masa ini, Kabinet mengakui perlunya ke­sedaran meluas diberikan kepada orang ramai mengenai bahaya vape di samping keperluan mengetatkan peraturan mengenainya.
   “Selepas melihat hasil langkah kesedaran kepada orang ramai mengenai risiko penggunaan vape, ia akan menjadi kayu ukuran sama ada pengharaman rokok elektronik itu akan dilaksanakan atau sebaliknya pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
   Menurut Subramaniam, mes­yu­arat Kabinet hari ini telah membincangkan isu dan budaya penggunaan vape yang semakin digemari orang ramai khususnya dalam kalang­an generasi muda dan kesannya berbanding menghisap rokok.
   Katanya, Kabinet telah menya­takan kebimbangan mengenai pe­­­ningkatan penggunaan vape dalam kalangan rakyat Malaysia dan risikonya yang mendatangkan masalah kepada kesihatan.
   “Saya menerangkan kepada Kabinet bahawa penggunaan vape kemungkinan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan kerana ia mengandungi propylene glycol (PG) dan nikotin serta formaldehyde dalam cecair rokok elektro­nik tersebut.
   “Sehubungan itu, Kabinet me­ngakui menghisap rokok dan vape boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan,” katanya.
   Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini menyarankan agar vape tidak diharamkan telah memaklumkan keputusan Kabinet tersebut di laman Facebook miliknya.
   “Berita baik untuk pengguna dan peniaga vape. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape.
   “Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda,” katanya di sini.
   Kelmarin, Subramaniam berkata, kerajaan berkemungkinan akan mengharamkan vape dalam masa terdekat supaya penggunaannya tidak mengundang risiko lebih buruk kepada kesihatan.
   Berikutan itu, dalam respons di Facebook miliknya semalam, Ismail Sabri menyatakan beliau akan mengemukakan pandangan dalam mesyuarat Kabinet hari ini agar vape tidak diharamkan di negara ini.
   Mengambil contoh di United Kingdom (UK), beliau memberitahu, vape bukan sahaja tidak diharamkan malah penghisap rokok diga­lakkan untuk beralih kepada vape.

Utusan

Lagi Menarik di Intenet Raya:

7 Sebab Kenapa Lelaki Nampak Seksi Pada Mata Wanita Sampai Bikin Cair

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!



0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.