Powered by Blogger.

Saturday, October 31, 2015

Serbuan Pasukan Tindakan Khas Anti Mak siat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) memeranjatkan

Suka.info     4:06:00 PM     0

gambar hiasan
Kuala Lumpur : Ketua Polis Negara mengucapkan tahniah di atas kejayaan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) menahan 25 orang dan merampas 80 buah komputer di sebuah pusat judi online di Rampai Business Park, Setapak, semalam.

"Syabas STAGG@PDRMsia semlm tkap 25 org dan rampas 80 comp di pusat judi di Rampai Business Park Setapak. Go PDRM Go," kata Khalid dalam twitternya.

Mengulas lanjut mengenai kejayaan itu, Komander Pasukan STAGG, Datuk Rodwan Mohd. Yusof berkata, dalam serbuan 9.30 malam itu, empat penjaga kedai iaitu tiga lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan bersama 21 kaki judi.

Katanya, semua yang ditahan berusia antara 23 hingga 45 tahun.

Selain itu, katanya, polis turut merampas wang tunai, 80 komputer, pelbagai peralatan capaian Internet dan telefon bimbit.

HarianMetro


Lagi Menarik di Intenet Raya:

7 Sebab Kenapa Lelaki Nampak Seksi Pada Mata Wanita Sampai Bikin Cair

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!



0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.