KUALA LUMPUR 28 Okt. - Tujuh pemimpin UMNO yang kini sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti mungkin berhadapan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.
Enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebuah jawatankuasa khas kini sedang menyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden UMNO sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti.
“Sebaik sahaja proses berjalan, kami akan menggantung keahlian mereka dan menggantung apa jua jawatan yang mereka pegang,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.-BERNAMA
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.