SUNGAI PETANI 28 Okt. – Seorang wartawan sebuah akhbar bahasa Cina kerugian hampir RM11,000 setelah rumahnya di Taman Sinar Permata di sini dimasuki pencuri malam kelmarin.
Mangsa, Choo Tai Jie, 32, yang bertugas dengan akhbar Guang Ming Daily memberitahu, kejadian berlaku semasa dia tiada di rumah.
“Saya hanya menyedari kejadian kira-kira pukul 10 malam apabila sistem penggera keselamatan berbunyi tanpa henti menyebabkan jiran melaporkan mengenai perkara itu,” katanya.
Dalam masa yang sama, pasukan pencegahan jenayah yang membuat rondaan juga dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Di antara barangan yang hilang termasuk sebuah motosikal dan basikal yang disimpan di bahagian belakang rumah.
“Turut hilang wang tunai termasuk syiling RM1,000, tiga utas jam tangan, telefon bimbit, pasport antarabangsa dan beberapa barangan lain,” katanya.
Menurutnya, pencuri dipercayai masuk ke dalam rumah itu melalui bumbung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Mohd. Sabri Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Lagi Menarik di Intenet Raya:
11 Compelling Reasons Why Styling Your Hair Straight Should Count As A Full-Time Job
Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!
Lagi Menarik di Intenet Raya:
11 Compelling Reasons Why Styling Your Hair Straight Should Count As A Full-Time Job
Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.