Powered by Blogger.

Sunday, November 15, 2015

Foto - Foto Gadis Comel Buat Yoga Menarik Perhatian Pengunjung

Suka.info     7:23:00 PM     0


Lebih 100 gadis menampilkan keberanian melakukan senaman yoga secara beramai-ramai di sebuah jambatan gantung yang berlantaikan kaca di selatan China, baru-baru ini.

Menurut laporan portal UPI, sesi berkenaan diadakan di jambatan gantung di Taman Geologi Negara Shiniuzhai, wilayah Hunan sebagai mempromosikan cara hidup sihat kepada masyarakat negara ini.

Jelas laporan berkenaan, acara itu diadakan buat kali pertama di jambatan sepanjang 304 meter pada ketinggian 179 meter yang menghubungkan antara dua kawasan pergunungan, sejak dibuka kepada orang awam September lalu.

Semua peserta yang merupakan wanita, melakukan senaman yoga secara serentak di atas lantai kaca jambatan terbabit, sekali gus menarik perhatian ramai pengunjung terhadap aksi mereka itu.

Acara tersebut diadakan untuk mempromosikan jambatan gantung berkenaan kepada pengunjung tentang tahap keselamatan dan keutuhan menampung beban yang berat.

Selain di Taman Geologi Negara Shiniuzhai, sebuah lagi jambatan gantung yang diperbuat daripada kaca dibina di Taman Geologi Gunung Yuntai dibina kepada pengunjung.

Bagaimanapun, jambatan itu mengalami kerosakan teruk selepas seorang pelancong menjatuhkan gelas besi di atas laluan kaca jambatan tersebut.










Lagi Menarik di Intenet Raya:

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

15 Super Yummy Nyonya-Style Salad Recipes

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

5 Ways You Can Cabut From An Awkward Situation Anytime, Anywhere #likeaboss

Don't Expect Shortcuts And 11 Other Priceless Lessons We Can Learn From These Malaysians

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.