Powered by Blogger.

Monday, November 16, 2015

Sepupu Mati Dibunuh Kerana Buat Hubungan Sulit Dengan Isteri Pembunuh

Suka.info     3:42:00 AM     0

Seorang lelaki Indonesia dibunuh sepupunya selepas mangsa dipercayai membuat hubungan sulit dengan isteri suspek di kawasan ladang buah Coldstrem, di sini.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, dalam kejadian kira- kira jam 4.30 petang itu pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai pergaduhan di kawasan berkenaan hingga menyebabkan seorang mangsa cedera parah.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Johanes Ullu berusia 37 tahun, maut di tempat kejadian dipercayai ditetak serta dikelar di leher dengan parang.

Katanya, suspek berusia 31 tahun melarikan diri manakala isterinya yang turut berada di lokasi kejadian turut melarikan diri selepas melihat kejadian itu.

"Suspek kemudian ditangkap seorang lelaki selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dan menyerahkannya kepada polis di Pondok Polis Coldstream. Siasatan awal mendapati pergaduhan disebabkan mangsa dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek.

"Suspek akan direman esok di Mahkamah Majisret Tapah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.



Lagi Menarik di Intenet Raya:

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

19 Reasons Why Sometimes Being Single Is Actually The Best

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

5 Ways You Can Cabut From An Awkward Situation Anytime, Anywhere #likeaboss

Don't Expect Shortcuts And 11 Other Priceless Lessons We Can Learn From These Malaysians

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.